Wednesday 15 March 2017

KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA 

KONSEP PERSAUDARAAN

Sejarah Organisasi persaudaraan pertama diketahui sudah ada sejak zaman Yunani Kuno dan dalam Misteri Mitraisme Romawi Kuno. Terdapat lembaga yang serupa yang berkembang pada Abad Pertengahan bernama konfraternitas, yang merupakan organisasi kaum awam yang beraliansi dengan Gereja Katolik. Beberapa konfraternitas terdiri dari kelompok pria dan wanita yang berusaha bertaqarrub dengan berdoa dan aktivitas Gereja; sementara yang lainnya berupa kelompok pedagang/tukang yang lebih biasa dikenal dengan nama gilde. Konfraternitas yang jenis kedua ini berkembang seiring zaman menjadi masyarakat persaudaraan yang murni duniawi; sementara yang jenis pertama, yakni yang berurusan dengan agama berlanjut menjadi Ordo Ketiga yang berafiliasi dengan ordo-ordo mendikan.

Melalui penyalahgunaa dadah dalam kalangan masyarakat, membawa isu yang yang sensitive terhadap persaudaraan. Dari segi penyalahgunaan dadah, mereka tidak menghormati hubungan persaudaraan masing-masing. Ia juga mencerobohkan kefahaman persaudaraan antara satu sama lain. Kekhilafan individu yang mementingkan diri tanpa mempersoalkan sensitiviti persaudaraan menjadi punca keretakkan perpaduan. Sayangnya, setelah hampir berdekad membina persaudaraan,dek sikap sesetengah individu yang memainkan perasaan saudara sangat mendukacitakan. Contohnya, mempermainkan adat atau agama sesuatu bangsa. Hal ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati sesuatu bangsa dan seterusnya mewujudkan sikap menolak persaudaraan antara satu sama lain. 
Kesimpulannya, rakyat haruslah menhormati persaudaraan masing masing dengan sepenuh hati. Oleh itu, rakyat hendaklah memperhentikan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah untuk megelakkan kesalahfahaman terhadap persaudaraan masing-masing. Persaudaraan adalah sesuatu yang memainkan peranan penting dalam sesebuah rakyat.

BATAS-BATAS PERGAULAN

Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut tuhan dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada gejala negatif. Fenomena pergaulan bebas pada masa kini sering kali menimbulkan kesan-kesan yang tidak baik dalam kalangan masyarakat. Pergaulan bebas adalah budaya hidup masyarakat barat yang menyebarkan dan menyebabkan pelbagai gejala negatif. Kesan-kesan budaya ini telah pun meresap dalam kalangan masyarakat di Negara ini.

Pergaulan bebas menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam kalangan masyarakat di Negara ini. Salah satunye yang paling kerap adalah penyalahgunaan dadah. Akibat pengaruh dadah dalam pergaulan adalah seperti, kegiatan pengedaran dadah, kegiatan “mat rempit”, penderaan, pembunuhan, keganasan, rompakan, peras ugut dan seterusnya.

Kesimpulannye, remaja mestilah mengketepikan kegiatan penyalahgunaan dadah. Oleh itu. Mereka dapat mengelakkan kesan-kesan yang negatif seperti di atas dalam pergaulan bebas. Mereka juga dapat mengadakan pergaulan yang meberi manfaat kepada mereka.


KONSEP KEJIRANAN


Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.


Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”

Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.

Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih  cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah
untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.  


Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.


KEPRIHATINAN SOSIAL


Pada masa kini, rungutan terhadap sikap apati sebahagian pelajar terhadap isu-isu sosial sering kedengaran. Kalangan pelajar sendiri apabila dihadapkan dengan persoalan ini, acapkali terpinga-pinga mencari jawapan.


Selaku golongan yang bakal mewarisi kepemimpinan dalam pelbagai bidang kehidupan, pelajar perlu memahami masyarakatnya. Untuk itu, perlu ada keprihatinan atau kepekaan terhadap isu-isu dan masalah masyarakat. Tanpa keprihatinan sosial yang dipupuk di universiti dan pusat-pusat mengajian tinggi bagaimana mungkin mereka dapat memainkan peranan selaku pemimpin dan menangani pelbagai masalah masyarakat?

Keprihatinan sosial merupakan suatu cetusan idealisme pelajar dan generasi muda umumnya. Idealisme ini memberikan semangat dan dorongan kepada pelajar untuk melakukan yang baik, untuk menyumbang bakti kepada msyarakatnya. Ini amat wajar kerana masyarakat telahpun banyak berjasa kepada pelajar. Idealisme ini justeru tidak harus dicurigai, sebaliknya diberi ruang untuk berkembang.


Kalangan kakitangan akademik dan pentadbir yang diberikan kedudukan strategik di pusat-pusat pengajian tinggi perlu membantu menggalakkan keprihatinan sosial di kalangan pelajar. Mereka harus lebih accomodating dan bersikap toleran terhadap pelajar yang ghairah bertanya, meneroka dan kadangkala tidak sabar mahu bertindak itu. Perlu diakui bahawa semua itu suatu fenomena biasa di kalangan generasi muda termasuk pelajar. Ia bukan sesuatu yang perlu dirisaukan sangat, tetapi harus dipantau dengan penuh timbang rasa dan tolak-ansur kerana kesan positif jangka panjangnya yang kerap terbukti itu.


Di samping itu kita juga tidak harus membenarkan nilai dan ideologi pasaran menentukan keutamaan dan orientasi universiti walaupun keperluan pasaran dan peluang pekerjaan bagi pelajar nanti sesuatu yang penting. Peranan universiti jauh lebih mencakup daripada sekadar isu-isu dan perhitungan ekonomistik yang demikian. Dalam masa yang sama kita juga tentu tidak mahu generasi pelajar yang terus dibentuk di pusat-pusat pengajian kita berkembang menjadi golongan pemimpin, birokrat dan teknokrat yang kekok, kaku dan mekanikal.

Melalui keprihatinan sosial dalam kalangan masyarakat, kita boleh membanteras aktiviti aktiviti penyalahgunaan dadah. Dadah membawa isu yang yang sensitive terhadap masyarakat dalam negara kita. Dari segi penyalahgunaan dadah, akan menghadapi masalah tidak menghormati agama dan adat-adat resam orang lain terutamanya dalam kalangan remaja masa kini.. Ia juga mencerobohkan kefahaman ataupun perselisishan faham antara satu sama lain. Jadi, sikap keprihatinan terhadap sosial harus memupuk oleh semua lapisan masyarakat bagi menghentikan remaja masa kini daripada menyalahgunakan dadah.

Keprihatinan sosial itu diperlukan kerana ia memberi makna kepada kewujudan universiti/pusat-pusat pengajian tinggi di tengah-tengah masyarakatnya. Jika universiti dapat diibaratkan sebagai tanah subur maka keprihatinan sosial pula benih-benih yang wajar bercambah untuk memanfaatkan pelajar dan masyarakat sekitarnya.





No comments:

Post a Comment