Wednesday 15 March 2017

ISU-ISU KONTEMPORARI

PERKAUMAN

Malaysia adalah sesebuah Negara yang berbeza daripada lain – lain Negara, sebab Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti Hindu, Malay dan Cina. Setiap kaum mempunyai adat-adat resam dan kerpercayaan masing –masing. Masyarakat Malaysia juga memainkan tingkah laku yang sewajarnya iaitu menghormati setiap kaum di Negara Malaysia. Oleh itu, setiap individu di Malaysia dinamakan sebagai warganegara Malaysia. Perkauman juga melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.

Melalui penyalahgunaa dadah dalam kalangan masyarakat, membawa isu yang yang sensitive terhadap perkauman. Dari segi penyalahgunaan dadah, mereka tidak menghormati agama dan adat-adat resam kaum masing-masing. Ia juga mencerobohkan kefahaman perkauman antara satu sama lain. Kekhilafan individu yang mementingkan diri tanpa mempersoalkan sensitiviti perkauman menjadi punca keretakkan perpaduan. Sayangnya, setelah hampir berdekad membina perpaduan,dek sikap sesetengah individu yang memainkan perasaan kaum lain sangat mendukacitakan. Contohnya, mempermainkan adat atau agama sesuatu bangsa. Hal ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati sesuatu bangsa dan seterusnya mewujudkan sikap prejudis antara satu sama lain.

Kesimpulannya, rakyat haruslah menghormati agama dan adat-adat resam masing masing dengan sepenuh hati. Oleh itu, rakyat hendaklah memperhentikan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah untuk megelakkan kesalahfahaman terhadap kaum masing-masing. Mempelihara konsep 1 Malaysia.


KESANTUNAN BAHASA

Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sana ada melalui lisan atau tulisan.” Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kos kosa kata dang anti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

Kesan-kesan penggunaan dadah terhadap kesantunan bahasa adalah seperti, mereka tidak menghormati sesiapa dihadapan mereka tidak kira ibu bapa, saudara dan juga masyarakat. Mereka menggunakan bahasa yang kasar terhadap masyarakat dan juga alih keluarga mereka. Oleh itu, mereka juga menghilangkan kehormatan mereka terhadap masyarakat dan alih keluarga mereka.

Mereka haruslah, mengelakkan mereka daripada penyalahgunaan dadah demi menjaga kehormatan mereka terhadap masyarakat dan alih keluarga. Kesopanan adalah memainkan peranan penting dalam seseorang untuk mempelihara kehormatan mereka terhadap masyarakat dan alih keluarga mereka. “Budi Bahasa Budaya Kita” 


HIBURAN MELAMPAU


Pada era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.


Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.

Salah satu faktor penting yangmenyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak kepada aspek hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.


 Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain.

Melalui penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat, membawa isu yang yang sensitive terhadap hiburan melampau. Dari segi penyalahgunaan dadah, ia akan mengakibatkan remaja masa kini sering menggunakan hiburan melampau. Ia juga mencerobohkan kefahaman ataupun perselisishan faham antara satu sama lain. Kekhilafan individu yang mementingkan diri tanpa mempersoalkan sensitivity penyalahgunaan dadah dan hiburan yang melampau menjadi punca keretakkan perpaduan. Sayangnya, setelah hampir berdekad membina perpaduan,dengan sikap sesetengah individu yang menyalahgunakan dadah dan menggunakan hiburan melampau sangat mendukacitakan.


Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam memdidik anak anak mereka supaya menjadi jenerasi yang berguna pada masa hadapan.


PENYEBARAN FITNAH



Umumnya, fitnah bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua. Setiap kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.


Jenayah fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sehat. Ianya boleh berlaku tanpa sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca. Lebih menyedikan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.

Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka mempercayainya seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,

Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah sebagai contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan maklumat.

Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau juga boleh membawa kepada kehancuran dan perpecahan dalam masyarakat. Oleh itu, Islam melarang keras tindakan tidak bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh penabur-penabur fitnah sehinggakan sanggup mengaibkan saudara seagama. Jika pada zaman Nabi s.a.w tugas menabur fitnah ini dimainkan oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada hari ini tugas hina ini diteruskan oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak demi mengejar harta dan takhta serta dendam kesumat yang membara.
Sabda Rasulullah s.a.w :

الْكَبَائِرُ: الِإشْرَاكُ بِاللهِ ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ، و قَتْلُ النَّفْسِ ،  وَالْيَمِينُ الْغَمُوس .

Maksudnya :“Dosa-dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka terhadap ibu bapa, membunuh dan bersumpah dengan sumpah yang dusta.”
Daripada hadis yang dinyatakan di atas, Baginda ada menyebut “bersumpah dengan sumpah yang dusta”, sumpah yang dusta seperti yang dinyatakan dalam hadis tersebut ialah fitnah. Tidak ada fitnah yang benar, setiap perkara dan maklumat yang disampaikan, dan kesahihan maklumat tersebut diragui, ia adalah fitnah. Menyedari bahayanya fitnah, umat Islam digalakkan supaya meneliti dan mencari kebenaran tentang maklumat yang disebarkan. Sungguh pun maklumat tersebut disampaikan oleh individu yang mempunyai pengetahuan agama, umat Islam digalakkan untuk meneliti dan menganalisis maklumat tersebut. Firman Allah swt dalam surah al-Hujurat ayat 6 :

Wahai orang-orang Yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”


Antara contoh kes fitnah yang disebarkan melalui internet ialah kes yang melibatkan seorang pensyarah kolej iaitu Ahmad Shahril yang didakwa atas tiga tuduhan menfitnah penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza binti Taruddin menerusi penghantaran email. Antara kes lain ialah seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan tuduhan meniru tudung keluarannya.


Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya akan mendatangkan kemusnahan pada manusia dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul. Sepatunya, sebagai seorang muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi komunikasi ini sebagai medan untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.











No comments:

Post a Comment