ISU-ISU KONTEMPORARI
PERKAUMAN
Malaysia
adalah sesebuah Negara yang berbeza daripada lain – lain Negara, sebab Malaysia
mempunyai pelbagai kaum seperti Hindu, Malay dan Cina. Setiap kaum mempunyai
adat-adat resam dan kerpercayaan masing –masing. Masyarakat Malaysia juga
memainkan tingkah laku yang sewajarnya iaitu menghormati setiap kaum di Negara
Malaysia. Oleh itu, setiap individu di Malaysia dinamakan sebagai warganegara
Malaysia. Perkauman juga melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan
bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor
pekerjaan, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.
Melalui
penyalahgunaa dadah dalam kalangan masyarakat, membawa isu yang yang sensitive
terhadap perkauman. Dari segi penyalahgunaan dadah, mereka tidak menghormati
agama dan adat-adat resam kaum masing-masing. Ia juga mencerobohkan kefahaman
perkauman antara satu sama lain. Kekhilafan individu yang mementingkan diri tanpa mempersoalkan
sensitiviti perkauman menjadi punca keretakkan perpaduan. Sayangnya, setelah
hampir berdekad membina perpaduan,dek sikap sesetengah individu yang memainkan
perasaan kaum lain sangat mendukacitakan. Contohnya, mempermainkan adat atau
agama sesuatu bangsa. Hal ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati sesuatu
bangsa dan seterusnya mewujudkan sikap prejudis antara satu sama lain.
Kesimpulannya,
rakyat haruslah menghormati agama dan adat-adat resam masing masing dengan
sepenuh hati. Oleh itu, rakyat hendaklah memperhentikan melibatkan diri dalam
penyalahgunaan dadah untuk megelakkan kesalahfahaman terhadap kaum
masing-masing. Mempelihara konsep 1 Malaysia.
KESANTUNAN BAHASA
“Kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sana ada melalui lisan
atau tulisan.” Cara dan bentuk
bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan timbang rasa yang kita
berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita. Kesantunan berbahasa
mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kos kosa kata dang anti nama
diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan
keakraban hubungan.
Kesan-kesan penggunaan dadah terhadap kesantunan bahasa adalah seperti,
mereka tidak menghormati sesiapa dihadapan mereka tidak kira ibu bapa, saudara
dan juga masyarakat. Mereka menggunakan bahasa yang kasar terhadap masyarakat
dan juga alih keluarga mereka. Oleh itu, mereka juga menghilangkan kehormatan
mereka terhadap masyarakat dan alih keluarga mereka.
Mereka
haruslah, mengelakkan mereka daripada penyalahgunaan dadah demi menjaga
kehormatan mereka terhadap masyarakat dan alih keluarga. Kesopanan adalah
memainkan peranan penting dalam seseorang untuk mempelihara kehormatan mereka
terhadap masyarakat dan alih keluarga mereka. “Budi Bahasa Budaya Kita”
HIBURAN MELAMPAU
Pada era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara
sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah mula menular masuk sekian
lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda
mudi.
Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana
tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam
kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang
utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan
kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Salah satu faktor penting yangmenyumbang
kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak
atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak kepada aspek
hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan
kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan
sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga
yang berjaya.
Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan
pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’
mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan
jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka
sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin
untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain.
Melalui
penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat, membawa isu yang yang sensitive
terhadap hiburan melampau. Dari segi penyalahgunaan dadah, ia akan mengakibatkan
remaja masa kini sering menggunakan hiburan melampau. Ia juga mencerobohkan
kefahaman ataupun perselisishan faham antara satu sama lain. Kekhilafan individu yang mementingkan diri tanpa mempersoalkan
sensitivity penyalahgunaan dadah dan hiburan yang melampau menjadi punca
keretakkan perpaduan. Sayangnya, setelah hampir berdekad membina
perpaduan,dengan sikap sesetengah individu yang menyalahgunakan dadah dan
menggunakan hiburan melampau sangat mendukacitakan.
Kini negara kita
mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini
sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering
berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah
normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat
melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak
muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam
memdidik anak anak mereka supaya menjadi jenerasi yang berguna pada masa hadapan.
PENYEBARAN FITNAH
Umumnya, fitnah
bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah
telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh
setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu
perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak
hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari
ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua.
Setiap kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.
Jenayah fitnah
merupakan satu aktiviti yang tidak sehat. Ianya boleh berlaku tanpa sempadan
serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh individu yang
tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka
boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan maklumat
tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat yang
disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca. Lebih menyedikan
ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak
lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.
Budaya menyebarkan fitnah melalui
alam siber seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu
kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah
ianya turut menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka
menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa disedari, budaya ini telah memberi
kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada
pelbagai pihak. Ramai pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan
konsep setiap apa yang disiarkan dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya
kerana mereka mempercayainya seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih
dahulu,
Penyebaran fitnah dapat dilakukan
dengan mudah dalam era komunikasi moden sekarang. Teknologi yang sepatutnya
digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah disalah gunakan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (sms), facebook,
penulisan dalam blog, twitter dan email memudahkan penyebaran maklumat dapat
dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah.
Dengan kemudahan yang ada dan murah sebagai contoh khidmat pesanan ringkas
(sms), whatsapp tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang
sangat rendah untuk menyebarkan maklumat.
Penyebaran berita yang tidak
bertanggungjawab dan melampau juga boleh membawa kepada kehancuran dan
perpecahan dalam masyarakat. Oleh itu, Islam melarang keras tindakan tidak
bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh penabur-penabur fitnah
sehinggakan sanggup mengaibkan saudara seagama. Jika pada zaman Nabi s.a.w
tugas menabur fitnah ini dimainkan oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada
hari ini tugas hina ini diteruskan oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak
demi mengejar harta dan takhta serta dendam kesumat yang membara.
Sabda Rasulullah s.a.w
:
الْكَبَائِرُ: الِإشْرَاكُ
بِاللهِ ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ، و قَتْلُ النَّفْسِ ، وَالْيَمِينُ الْغَمُوس .
Maksudnya :“Dosa-dosa
besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka terhadap ibu bapa, membunuh dan
bersumpah dengan sumpah yang dusta.”
Daripada hadis yang
dinyatakan di atas, Baginda ada menyebut “bersumpah dengan sumpah yang dusta”,
sumpah yang dusta seperti yang dinyatakan dalam hadis tersebut ialah fitnah.
Tidak ada fitnah yang benar, setiap perkara dan maklumat yang disampaikan, dan
kesahihan maklumat tersebut diragui, ia adalah fitnah. Menyedari bahayanya
fitnah, umat Islam digalakkan supaya meneliti dan mencari kebenaran tentang
maklumat yang disebarkan. Sungguh pun maklumat tersebut disampaikan oleh
individu yang mempunyai pengetahuan agama, umat Islam digalakkan untuk meneliti
dan menganalisis maklumat tersebut. Firman Allah swt dalam surah al-Hujurat
ayat 6 :
“Wahai orang-orang Yang
beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu
(mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah
lakukan.”
Antara contoh kes fitnah yang disebarkan melalui
internet ialah kes yang melibatkan seorang pensyarah kolej iaitu Ahmad Shahril
yang didakwa atas tiga tuduhan menfitnah penyanyi nombor satu Malaysia iaitu
Dato’ Siti Nurhaliza binti Taruddin menerusi penghantaran email. Antara kes
lain ialah seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap
syarikat pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook
dengan tuduhan meniru tudung keluarannya.
Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu pesat
dengan kemunculan laman-laman sosial seperti facebook, twitter, blog dan
sebagainya akan mendatangkan kemusnahan pada manusia dan alam sekiranya ia
tidak digunakan dengan betul. Sepatunya, sebagai seorang muslim kita harus
menggunakan kemajuan teknologi komunikasi ini sebagai medan untuk berdakwah dan
menyebarkan ilmu.
No comments:
Post a Comment